Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusian memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.
Tunjang Kemanusian menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.
Dalam Standard kandungan tunjang kemanusiaan yang berfokus kepada 'Saya dan Negara Malaysia', murid dapat :-
1. Menghormati lambang kebangsaan dan negeri (KM 8.1).
2. Menghormati pemimpin (KM 8.2).
3. Mengetahui simbol awam (KM 8.3).
4. Menyambut Hari kemerdekaan (KM 8.4)
5. Mengetahui keistimewaan negara (KM 8.5)
Lain-lain berkaitan dengan 'Saya dan Negara Malaysia'.
A) Lirik Lagu Negaraku
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
B) Rukun Negara
Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan
dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan
pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukunegara
adalah seperti berikut:
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
•Kepercayaan kepada Tuhan
•Kesetiaan kepada Raja dan Negara
•Keluhuran Perlembagaan
•Kedaulatan Undang-Undang
•Kesopanan dan Kesusilaan

C) Bunga Kebangsaan (Bunga Raya)
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan
pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada
keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik
dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.
Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.

D) Pemimpin Negara
i- Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong adalah institusi Ketua Negara seperti yang telah
diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda
adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda menjalankan
tugas-tugas seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas
nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai Kepala Utama Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.

ii- Perdana Menteri Malaysia
1. Y.A.B Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj (1957-1970)
2. Y.A.B Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein (1970-1976)
3. Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn (1976-1981)
No comments:
Post a Comment