Aktiviti Prasekolah





Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Pertandingan Mewarna


Para pemenang pertandingan mewarna
Sudut 1 Malaysia
Sudut 1 Malaysia



1.         Tajuk
Aktiviti 1 Malaysia Prasekolah


2.         Pendahuluan                      
Dalam usaha merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, pemupukan cintakan bangsa dan negara perlu diterapkan seawal mungkin kepada kanak-kanak prasekolah. Menyedari akan kepentingan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya aktiviti 1 Malaysia dilaksanakan bagi memantapkan konsep 1 Malaysia di peringkat prasekolah.


3.         Objektif
            a.         Melahirkan warganegara yang cintakan bangsa dan negara.
            b.         Memupuk semangat perpaduan.
            c.         Menyemai perasaan cintakan tanah air dan pemimpin negara.
            d.         Membentuk jati diri dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

4.        Antara aktiviti yang dijalankan ialah:-
           1. Mewarna gambar jalur gemilang.
           2. Pertandingan mewarna.
           3. Membuat kolaj bendera.
           4. Nyanyian lagu patriotik sepanjang bulan Kemerdekaan.
           5. Persembahan nyanyian, sajak dan lakonan.
           6. Menggantung bendera
           7. Laungan 'merdeka, merdeka, merdeka'.
           8. Sudut 1 Malaysia.

 

No comments:

Post a Comment